Thursday, September 11, 2008
Hikmah Puasa
Menurut Perspektif Islam Dan Sains
Oleh:
Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ringkasan
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.
Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.
Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.
Wednesday, September 10, 2008
Sensitif lawan Egoisme
Monday, September 8, 2008
Munajat Cintaku

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Friday, September 5, 2008
Papa luv Mama
Papa pasti
Papa ingin memberitahu mama dengan sempurna
Namun papa rasa itu belum cukup gambarannya
yakinlah
kadang begitu menakutkan
Papa gelisah bagaimana bakal berhadapan
Mama…papa terlalu cinta pada mama
Wednesday, September 3, 2008
Salam Ramadhan

Wednesday, August 27, 2008
Penyakit Cinta

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
Tuesday, August 26, 2008
8 perkara memeranjatkan dalam perkahwinan

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Monday, August 25, 2008

Assalamualaikum.......
Jumaat,Sabtu dan Ahad aku absent blog.To much writting in this week but simply more to get.Bersyukur aku ke hadrat ilahi di atas limpah rahmatnya yang telah memberikan aku peluang untuk menjadi seseorang.
Sepanjang 3 hari ketiadaan aku cukup memberikan aku inspirasi utk terus berkarya malah memberikan aku kontras utk terus berpuisi.Terima kasih mama dan keluarga atas penerimaan semua dan kini aku sudah melangkah tapak yang kedua utk mengikat tali kasih bersama mama.
Sepangjang pemergianku ke melaka,aku rasa cukup berdebar.Ye lah,mana tau penerimaan keluarga mama atas aku tak diluluskan.Dalam aku kesana ada juga misi yang lain utk aku hadapi namun tak berjaya sebab 'SUSPEK' tak kelihatan.Namun keadaan rumah keluarga mama kelihatannya seperti ber'bekas' dgn barang2 yang tak baik.
Bukan niat aku nak memperlihatkan kebolehan dan kepandaian aku,tapi aku tak mau apa2 yang tak baik akan berlaku pada keluarga mama malah mama sendiri.Dua hari aku di melaka,dan dalam masa 2 hari tu aku mengenali keluarga mama.Abah seorang pendiam namun jangan dibuka satu topik terutamanya mengenai politik...perghh kepetahannya bercakap mengalahkan Pak Lah...hehehe.Ibu seorang yang ramah namun tegas,aku cukup senang dengan ibu atas keramahan ibu dan yang pasti menggembirakan aku penerimaannya terhadap aku.
Adik-'adik' mama juga best,kiranya tak segan gak dgn depa walaupun depa ni pompuan semua sebab memang aku dah anggap depa ni mcm adik2 lelaki aku.selamber je kutuk dieorang depan.Mama,kasih papa kat mama pulak dah semakin mendalam dan aku tak perlu nak luahkan kerna tiada kata malah susunan ayat yang mampu jadi perasaan yang dah termaktub hanya mama yang berjiwa di diri papa.
Berat hati aku utk tinggalkan melaka,namun aku akan kembali kesana dalam rombongan utk merisik mama....YEHAAAAAAAAA!!!.Abah dan mak tak banyak bicara kerana mereka dah bersetuju utk kami disatukan.Tapi kira kusut sket la pasal nak carik kenderaaan utk ke sana la plak..adeiiiiiiiii.
Ape2 hal karang mlm nanti abah confirm kan.MAMA,doakan semoga apa yang kia impikan jadi kenyataan,bukan kerna dasar kebimbangan papa tapi cinta papa dah terlalu mandalam terhadap mama......PAPA SAYANG MAMA.

MENILIK ATAU MERISIK
Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.
Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.
Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.
Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.
Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan
Thursday, August 21, 2008
You're My DRUGS

1.You’re my SWEETEST drug!
2.I don’t need to pretend to be HAPPY, it just happens~
3.I fall deeply into your SMILE
4.Just like a child, I need you as my PILLOW
5.When I walk out, you GRAB me back
6.Tears may drop, but you’re there to WIPE it away
7.In you, I found the other part of ME
8.You’re my constant DIMPLE every time I smile
9.Each time I think of you, BUTTERFLIES tangle in my stomach
10.You stay on the phone for HOURS even though there's nothing much to say
11.When I talk, you actually LISTEN
12.When you smile each time you see my face, you make me feel HANDSOME
14.Sometimes, both of we are stubborn but you give in FIRST
15.You used ‘WE’ instead of ‘ME’ =)
16.In miserable, I still have YOU
18.You TOLERATE each of my childish acts
19.You have the KEY to my heart
20.Regardless all the mans in your life, I’m your MAN
22.Bubbly song keeps remind YOU of me and so do ME
23.When you say bye but STILL hang on the phone
24.When i sleep,I keep searching you beside me
25.I can be MYSELF just the way I am
26.You MIMIC me when I wipe my nose
27.Always, you make me smile when I’m in WORST
28.Because you said you LOVE me too
29.Your fingers are FREE to make me smile
30.When your eyes shining brightly even I said you’re ITCHY!
31.Without you, I am INCONSOLABLE
32.You COMPLETE my life
33.When you say THANKS for making you laugh
34.When ‘I Love You, Bucuk2’ SLIP out from your mouth
35.To SOOTHE me up, suddenly i make poems
36.I’m boring, but you’re still in LOVE with me
37.You’re my DOCTOR when I’m sick
38.My heart melt, when you told me you want to be my HUBBY
39.You touched my heart with your kilang tebu MOUTH
40.You think I’m HANDSOME and expressed it out
41.It feels like NOBODY ever knew me before you knew me
42.Even when you say stop surf the net, you CARE
43.Even tough we may be MILES apart, I still feel you’re here by myside
44.Being a chubby PANDA makes no different to you
45.Seeing you never make me BORED
46.When you SULK, I still think you’re cute
47.Because you’re really my MIRROR
48.When you pretend to be INNOCENT
49.When you said you AFRAID I’m getting hurt
50.I’m ADDICTED towards you!
51.You asked for a HUG even just for a moment and even just trough ym
52.You HOLD me up when everything seems falling down
53.When you said you’re at a worse state, somehow, I still feel you’re at your BEST
54.For the first time in my life, YOU ask me to grab you =)
55.You invisible but somehow I know you’re still THERE
56.We fight-off but then you pretend like NOTHING happen
57.I like you because WHO you are
58.Always make me NUTS but still manage to WIN my heart
59.I love the way you smile whenever you SEE me
60.Because I’m deeply, madly in LOVE with you
61.I fall in LOVE thousands times whenever you smile like that =)
62.I’m stingy but you’re still HERE with me
63.You care for me like NO others ever did
64.When you GRAB me back after I wanted to back-off, I never erase the sms
65.You draw picture state ‘DEAR,I LOVE YOU!’
66.You look SWEET in your Green Kurung while washing dishes
67.You’re Cute, Sweet and Small..Like A Little TIKUS..Hehe
68.You replaced ‘ABANG’ with ‘Arang’ so that I won’t mad
69.I NEED you in rain and rainbows
70.When you accused me for swearing that we become ‘ONE’
71.Knowing that you will never GIVE up for me
72.Everytime you look at me, you TAKE my breath away
73.I love the way you make me LAUGH
74.When we sat and eat together over WEBBY and it feels real
75.When you SAID you’re ready to take me to Japan and cook for me~
76.When I’m alone, thinking of you and your CHILDISH acts make me smile
77.I love the way you LAUGH and smile back at me
78.You would do anything just to make me HAPPY
79.Your WORDS light up my day with so much joys
80.Whenever I SULK, you’re going to be there instantly to treat me back
81.It feels like you’re the ONE for me even in uncertainties
82.You’re my LUCKY charm and I feel lucky to have you
83.Without knowing how, WHEN or from where it comes form, I started loving you
84.You’re my SUNSHINE that glows fully with love!
85.Because we are MEANT to be together
86.My HEART keeps telling me so!
87.My HEART belongs to you till you return it back to me =)
88.You are on my heart just like a TATOO
89.When you act like we are real, STROKE my head and say ‘sakit agi perut’?
90.You want to KISS and HUG me
91.You’re the CURE against my fear and my pain
92.For each time you say you LOVE me, I love you more
93.I’m thinking of you EACH night before I go to bed
94.Stupid! Do I have to give REASONS?
95.Look at you, extremely excited over my DRUGS! Hehe*Giggles*
96.For a few moments in my LIFE you've made me feel as if I truly meant something to someone
97.Once upon a time, I fell for you, I don’t know WHEN but I still love you
98.I’m JEALOUS with you, always =P
99.When you HURT, I feel it too
100.I feel SAFE and sound with you
101.I want to SPEND my whole life with you!!
Wednesday, August 20, 2008
Bicara Cinta

Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.
Tuesday, August 19, 2008
MENITI DERITA

Assalamualaikum.....
Mama,Maafkan papa kerana lalai terus melupakan yang mama sakit gigi.Dan akibat dari kelalaian papa menyebabkan mama sakit semua.Papa rasa bersalah dan entah rasa macam tak berguna pun ada.Papa membiarkan mama lalui kesakitan ini yang tak tertanggung oleh mama.Maafkan papa ma.
Tapi papa janji besok kita g klinik k,kalau tak papa mati katak.Papa xnak mama sakit,kalau boleh nak mama sihat jer n jangan ada sikit sakit pun.kalo boleh pindah kan sakit tu kat papa biar papa yang sakit bukan mama.
Rintangan perhubungan ini terlalu deras buat kita sekarang,lautan gelora kini dah makin mengganas.Alhamdullillah kita laluinya dgn tabah dan berdoa pada Allah utk menguatkan lagi diri kita menghadapinya.Mama,papa tak semudah itu untuk dipengaruhi,papa takkan berpaling ke belakang utk menutup mama.Biar nyawa kali ini jadi taruhan untuk melindungi mama.Papa tak boleh menghadapi perjalanan hidup ini tanpa mama disisi.
Maafkan papa kerna lalai hingga lupa yang hari ini sepatutnya bawa mama pergi klinik...MAAFKAN PAPA...
Monday, August 18, 2008
10 RESIPI MASAKAN RAHSIA CINTA

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
Saturday, August 16, 2008
Kepercayaan Hati

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 -
KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 -
Boleh dikawalPerkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 -
KomitmenKomitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 -
KejujuranKejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 -
Terima seada-adanyaKunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 -
Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 -
SimpatiSimpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 -
DiyakiniBila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 -
Perbezaan pendapatMemanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 -
Elakkan dendamCinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 -
Berfikiran terbukaBanyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 -
Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 -
Tak selalu didampingiBukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 -
Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 -
PersamaanPersamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 -
Tak saling menyalahkanTak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 -
Hormat-menghormatiSaling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 -
PenghargaanTidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 -
Bukan materialistikBayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 -
Perancangan bersamaManusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?
Friday, August 15, 2008
Goresan Sayang

Assalamualaikum wbt.......
Setiap hari cukup indah bagi aku.Perkenalan dengan mama tak semudah yang aku fikirkan,namun aku bahagia bersama mama.sebab dalam setiap perhubungan adakala takkan kita nak rasa manis je kan?Umpama roda yang berpusing,tak semestinya kita akan lalui ekspresi senyum dalam pentas kasih yang bersketsa ini.Untuk aku,inilah jalan yang aku mau kerna titian hidup adalah berdasarkan dari laluan yang berliku dan menempuh dugaan yang bergelora.dari situ kita dapat tau bagaimana dan penyelesaiannya dalam situasi yang tenang.
Thursday, August 14, 2008
Bayang Kerinduan

Assalamualaikum.....
Salam tengah hari buat perindu yang merindui sesiapa malah apapun yang diingati.Salam sayang buat mama dan papa rindu sangat kat mama.
Pagi tadi cukup berbekas buat aku,aku tak mengerti mengapa aku harus ego mencari kasih.Apa yang aku fikirkan akupun tak tau.Maafkan papa,sebab terlalu rindu hingga menyebabkan mama terluka utk merindu.Tiada niat utk buat begitu cuma kerna kerinduan...entah lah,mungkin aku terlalu kejam utk menyatakan yang aku terlalu sayang sampaikan perasaan aku terlalu egoistik utk meluahkan.
Satu malam setelah berbicara dalam gelora yang kalut antara kami,aku tak boleh tidur kerna memikirkan apa yang aku dah buat kat mama.Aku telalu bersalah meletakkan mama dalam situasi itu.Malah aku rasakan ingin hukum diriku yang melukai mama.Dalam baring aku teringat dan sesal atas pemikiran aku yang bodoh itu.Sengal cap unta la aku nih,tapi terima kasih kerana kita dapat sejukkan hati memasing.
Mama,kerinduan papa terlalu dalam.sayang papa terlalu jauh.Usia perhubungan ini masih hijau tapi kenapa rasanya seperti sudah bertahun bercinta?.Inikah yang dikatakan cinta sejati?.Inikah pencarian yang dicari oleh setiap insan yang memerlukan perasaan cinta yang sebenar?.Jika ini lah yang dikatakan cinta sejati,aku amat bersyukur ya Allah!.
Pagi tadi aku bangun jam 11,lepas solat subuh je aku terus lentok tidur.Pagi tadi mama ada bg sms rindu.Pastu buka je mate on the spot aku dail no mama....hehehe...Rindu sangat!!!!.Tak tau nak ungkai mcm mana lagi dah rindu aku nih.Kalau tak dengar suara sehari aku rasa mau jadi hantu bungkus aku nih.Aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku dah berada dalam alam percintaan yang baru dibina.Dan aku terbang dalam alam ini......kalah keegoanku yang dulu boleh menepis kata kasih,mengelak rasa rindu,menyembunyikan kata cinta.
Mama,bila dgn mama papa rasa dunia ni penuh dgn keajaiban.Segalanya seperti jangkaan walaupun kita tak sangka.Papa doakan ikatan kita ini akan kekal hingga akhir nanti nanti...wallahualam.
Puitis Pendek Yang Tak Panjang Utk MAMAku.....
Suara kekasihku tak dapat lagi kudengar
Aku sendirian di sini sedang merindukannya
Apakah kekaishku tau jika aku merindukannya?
Aku sedang menuliskan puisi untuknya, dan mengatakan berapa perasaanku teramat sayang padanya
Aku tuliskan ratusan puisi hanya untuknya, agar ia tahu bahwa aku sedang rindu kepadanya saat ini
Aku ingin segera bertemu , agar semua perasaan sedihku dan penderitaanku lenyap
Sayang, apakah kamu merindukan aku di sini?
Seperti hatiku yang selalu memintaku untuk datang ke tempatmu dan segera memelukmu
Sayang, aku rindu padamu
Wednesday, August 13, 2008
Sarapan Rindu
Pagi tadi aku tak sabar nak bersarapan dengan mama.....sanggup tak tidur menantikan jam 9 utk bersama mama.Bergayut sampai 4.30 pg, pastu nak tunggu lepas solat subuh ingat nak tido jap tapi takleh.Kejap2 je mate aku terang, camner nak tidur.Tepat jam 7.30 jam hp aku memekak sedangkan aku tak tido pun nak watpe pasang alarm jam..sengalnyer aku......
Tepat pukul 8 mama call....nak kejut la tu pasal dah pesan kat mama pagi tadi pukul 4 sebelum letak tepon.Sian jugak kat mama,sanggup bersengkang mata bersuara dengan aku.Rindu yang mendalam membuatkan masa tu jadi mcm terlalu pantas.Tapi sebelum tu ade la perselisihan faham antara aku n mama but tak lama....tak sampai sejam pun.Salah aku jugak,tumpukan budak2 tu dari mama.Aku tau mama perlukan seseorang utk sokong dia dalam masalah tapi aku tinggalkan mama dalam masalah sorang2.Sepatutnya aku temankan mama bukan membiarkan....maafkan papa ma.
Pukul 8.30 je aku gerak ke tempat mama utk bersarapan....dengan mata yang merah tak cukup tido aku gagahi jugak..eleh..bak kata orang bercintan "lautan api sanggup ku redah" inikan pulak lautan jalan yang jauhnya cuma 15 minit nak ke tempat mama....tapi aku heran,kalo dah redah laut api tu.....hidup lagi ke pastu?.Tapi masa perjalanan nak ke tempat mama tu tak usah cakap la...penat,ngantuk rasa macam aku jadi wak supar je...tak kenal? ala sedare superman jugak.Lori bila lalu kat sebelah aku nih..wooohhhh dah rasa melayang dah!
Sampai je aku kat tempat mama,tunggu je ar dia kuar opis.Dah tu plak boleh aku masuk jalan mati,ntah mcm mana aku masuk jalan tu pun aku tak tau....ngantuk punya pasal.Sayang punya pasal apepun boleh.
Secara tetiba bila aku tgk mama berjalan ke arah aku,ape yang sebelum tu aku rasa ngantuk,penat dan ape2 lagi ilang bila saja aku nampak mama.Seolah olah mcm ada tenaga baru yang masuk dalam badan aku.Bila aku duduk dgn mama,aku rasa aku baru dapat nafas baru pagi tadi.Seorang puteri datang bertemu puteranya yang dalam keadaan mata merah.....perghhh ilang semuanya yang kelam bertukar terang segala penglihatan.
Air nes ais....itu pertembungan yang pertama antara aku n mama.Tak sangka ada gak orang yang gila nes ais mcm aku.Mungkin itu jugak dikatakan jodoh,takdir yang menemukan dari perbuatan atau sifat seseorang.Makan plak pagi tadi nasik ayam paprik...eh salah,nasik ayam dan aku plak mee sup soto...ade ekk.Dalam mentekedarah darah tu,kira aku dapat berita gumbira la sebab perselisihan faham antara kengkawan n adik mama dahpun selesai.Kira lega la aku sebab kengkawan mama dah bleh jadi gila balik dgn mama.Adik mama plak kira dah minta maaf kat mama sebab tak faham keadaan dia masa tu.
Setiap kali aku tengok mama,semakin mendalam mata aku utk melihat dia.Ingin jugak aku usap raut wajah mama tapi tempat public...kang jadi isu wooooo!!!.Aku tetap rindukan wajah tu walaupun dah berada kat depan mata aku.Kenapa masa dgn x-gf aku tak mcm ape yang aku alami sekarang? perasaan aku cukup berbeza dan jiwa jiwang aku terus meleleh dek mama.Pelik,tapi inilah kenyataannya.Siapa2pun takleh nak lari dari keadaan ini dan bila dah dalam situasi ni,takde perkataan yang boleh mengambarkan apa yang kita lalui masa tu.
Cukup masa,dia kena masuk balik ke opis dan aku kene balik ke umah.Kiranya nak rehat kejap sebelum meneruskan perjuangan tgh hari nanti.Lagi satu,sim lama aku dah serah kat mama utk dia lupuskan dan aku rasa akan timbul masalah jika mama on sim tu balik.Sebab ada pengacau yang cukup buat aku rasa tak senang dan x-gf aku.Aku tak kisah la,biar mama tau dan kalau dia nak call pun takper.sebab ada satu makcik bedah yang cukup merimaskan aku.Dan satu cerita yang aku tak pernah beritau dia,x-gf aku nakkan aku balik.Baru dua minggu lepas dia call aku balik menyatakan nak balik dgn aku n masa tu jugak aku n dia mempersoalkan ttg xgf n xbf memasing.
Hati aku dah takder pada dia,walaupun x-gf aku tu merayu mcm nak bunuh diri sekalipun aku takkan merubah utk kembali pada peah tu.Cukup sekali aku disakiti,dikecewakan dan dilukakan.Sebab dia juga aku hampir membenci lawan jantinaku.Dan baru2 ini dia ingin sekali kembali kepadaku dan sanggup buat apa saja malah jika aku ada yang lain sekalipun dia akan pisahkan aku dgn sesiapa saja dgnku.Aku harap mama tak termakan kata2 dari dia,sebab yang nyata jika mama begitu maka takde guna impian dan angan2ku.
Balik je aku cuba nak rehatkan diri,tido la tu.Tapi mata terkebil kebil,ntah kenapa.Rasa mcm tak puas utk tatap wajah dia.Untuk melupakan saat pagi tadi bagi aku cukup istimewa,seolah aku jadi orang yang baru nak bercinta.Mama,terima kasih sebab bagi papa rasa apa itu rindu,kasih dan sayang yang tulus dari mama.Papa takkan sia2kan apa yang kita impikan,Yang lama biarlah jadi sempadan utk kita bina kehidupan yang baru bagi kita.Tapi papa takut utk kehilangan mama.Takut sangat.........
Mama,papa tak tau kenapa harus hidup ini jadi pentas utk kita.Akan banyak dugaan dan aroma perjalanan yang kita tak nampak haluan yang berliku.Dari sekarang sampai akhir kita nanti bukan satu yang akan hadapi malah banyak yang perlu diharungi.Cuma kesabaran,ketabahan dan kasih yang menentukan sekuat mana perhubungan kita.Iringan doa tatkala lepas solat mengiringi perjalanan alunan cinta kita.Papa inginkan satu dari mama..........
HIDUP BERSAMA MAMA HINGGA AKHIR HAYAT PAPA.
arghh...malam nanti nak ngajar bebudak tu lagi....curik la masa sket utk mama karang malam....RINDU MAMA sampai tak terluah dengan kata2......
Wassalam
BINGKISAN UTK MAMA:
RINDU
RINDU
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri
RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati
RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku
RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu
RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
AtauDikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu
RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari
Tuesday, August 12, 2008
Ruang Pertama
1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

