Wednesday, August 27, 2008

Penyakit Cinta



Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Tuesday, August 26, 2008

8 perkara memeranjatkan dalam perkahwinan


1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.

5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..

6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan.

7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

Monday, August 25, 2008




Assalamualaikum.......


Jumaat,Sabtu dan Ahad aku absent blog.To much writting in this week but simply more to get.Bersyukur aku ke hadrat ilahi di atas limpah rahmatnya yang telah memberikan aku peluang untuk menjadi seseorang.


Sepanjang 3 hari ketiadaan aku cukup memberikan aku inspirasi utk terus berkarya malah memberikan aku kontras utk terus berpuisi.Terima kasih mama dan keluarga atas penerimaan semua dan kini aku sudah melangkah tapak yang kedua utk mengikat tali kasih bersama mama.


Sepangjang pemergianku ke melaka,aku rasa cukup berdebar.Ye lah,mana tau penerimaan keluarga mama atas aku tak diluluskan.Dalam aku kesana ada juga misi yang lain utk aku hadapi namun tak berjaya sebab 'SUSPEK' tak kelihatan.Namun keadaan rumah keluarga mama kelihatannya seperti ber'bekas' dgn barang2 yang tak baik.


Bukan niat aku nak memperlihatkan kebolehan dan kepandaian aku,tapi aku tak mau apa2 yang tak baik akan berlaku pada keluarga mama malah mama sendiri.Dua hari aku di melaka,dan dalam masa 2 hari tu aku mengenali keluarga mama.Abah seorang pendiam namun jangan dibuka satu topik terutamanya mengenai politik...perghh kepetahannya bercakap mengalahkan Pak Lah...hehehe.Ibu seorang yang ramah namun tegas,aku cukup senang dengan ibu atas keramahan ibu dan yang pasti menggembirakan aku penerimaannya terhadap aku.


Adik-'adik' mama juga best,kiranya tak segan gak dgn depa walaupun depa ni pompuan semua sebab memang aku dah anggap depa ni mcm adik2 lelaki aku.selamber je kutuk dieorang depan.Mama,kasih papa kat mama pulak dah semakin mendalam dan aku tak perlu nak luahkan kerna tiada kata malah susunan ayat yang mampu jadi perasaan yang dah termaktub hanya mama yang berjiwa di diri papa.


Berat hati aku utk tinggalkan melaka,namun aku akan kembali kesana dalam rombongan utk merisik mama....YEHAAAAAAAAA!!!.Abah dan mak tak banyak bicara kerana mereka dah bersetuju utk kami disatukan.Tapi kira kusut sket la pasal nak carik kenderaaan utk ke sana la plak..adeiiiiiiiii.


Ape2 hal karang mlm nanti abah confirm kan.MAMA,doakan semoga apa yang kia impikan jadi kenyataan,bukan kerna dasar kebimbangan papa tapi cinta papa dah terlalu mandalam terhadap mama......PAPA SAYANG MAMA.



MENILIK ATAU MERISIK
Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.
Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.
Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.
Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.
Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan




Thursday, August 21, 2008

You're My DRUGS


101 reason why i love you...........

1.You’re my SWEETEST drug!
2.I don’t need to pretend to be HAPPY, it just happens~
3.I fall deeply into your SMILE
4.Just like a child, I need you as my PILLOW
5.When I walk out, you GRAB me back
6.Tears may drop, but you’re there to WIPE it away
7.In you, I found the other part of ME
8.You’re my constant DIMPLE every time I smile
9.Each time I think of you, BUTTERFLIES tangle in my stomach
10.You stay on the phone for HOURS even though there's nothing much to say
11.When I talk, you actually LISTEN
12.When you smile each time you see my face, you make me feel HANDSOME
13.You make me giggle with GIDDINESS each time you dance Para-Para Sakura
14.Sometimes, both of we are stubborn but you give in FIRST
15.You used ‘WE’ instead of ‘ME’ =)
16.In miserable, I still have YOU
18.You TOLERATE each of my childish acts
19.You have the KEY to my heart
20.Regardless all the mans in your life, I’m your MAN
21.When I’m jealous, you keep TEASING me with sayang
22.Bubbly song keeps remind YOU of me and so do ME
23.When you say bye but STILL hang on the phone
24.When i sleep,I keep searching you beside me
25.I can be MYSELF just the way I am
26.You MIMIC me when I wipe my nose
27.Always, you make me smile when I’m in WORST
28.Because you said you LOVE me too
29.Your fingers are FREE to make me smile
30.When your eyes shining brightly even I said you’re ITCHY!
31.Without you, I am INCONSOLABLE
32.You COMPLETE my life
33.When you say THANKS for making you laugh
34.When ‘I Love You, Bucuk2’ SLIP out from your mouth
35.To SOOTHE me up, suddenly i make poems
36.I’m boring, but you’re still in LOVE with me
37.You’re my DOCTOR when I’m sick
38.My heart melt, when you told me you want to be my HUBBY
39.You touched my heart with your kilang tebu MOUTH
40.You think I’m HANDSOME and expressed it out
41.It feels like NOBODY ever knew me before you knew me
42.Even when you say stop surf the net, you CARE
43.Even tough we may be MILES apart, I still feel you’re here by myside
44.Being a chubby PANDA makes no different to you
45.Seeing you never make me BORED
46.When you SULK, I still think you’re cute
47.Because you’re really my MIRROR
48.When you pretend to be INNOCENT
49.When you said you AFRAID I’m getting hurt
50.I’m ADDICTED towards you!
51.You asked for a HUG even just for a moment and even just trough ym
52.You HOLD me up when everything seems falling down
53.When you said you’re at a worse state, somehow, I still feel you’re at your BEST
54.For the first time in my life, YOU ask me to grab you =)
55.You invisible but somehow I know you’re still THERE
56.We fight-off but then you pretend like NOTHING happen
57.I like you because WHO you are
58.Always make me NUTS but still manage to WIN my heart
59.I love the way you smile whenever you SEE me
60.Because I’m deeply, madly in LOVE with you
61.I fall in LOVE thousands times whenever you smile like that =)
62.I’m stingy but you’re still HERE with me
63.You care for me like NO others ever did
64.When you GRAB me back after I wanted to back-off, I never erase the sms
65.You draw picture state ‘DEAR,I LOVE YOU!’
66.You look SWEET in your Green Kurung while washing dishes
67.You’re Cute, Sweet and Small..Like A Little TIKUS..Hehe
68.You replaced ‘ABANG’ with ‘Arang’ so that I won’t mad
69.I NEED you in rain and rainbows
70.When you accused me for swearing that we become ‘ONE’
71.Knowing that you will never GIVE up for me
72.Everytime you look at me, you TAKE my breath away
73.I love the way you make me LAUGH
74.When we sat and eat together over WEBBY and it feels real
75.When you SAID you’re ready to take me to Japan and cook for me~
76.When I’m alone, thinking of you and your CHILDISH acts make me smile
77.I love the way you LAUGH and smile back at me
78.You would do anything just to make me HAPPY
79.Your WORDS light up my day with so much joys
80.Whenever I SULK, you’re going to be there instantly to treat me back
81.It feels like you’re the ONE for me even in uncertainties
82.You’re my LUCKY charm and I feel lucky to have you
83.Without knowing how, WHEN or from where it comes form, I started loving you
84.You’re my SUNSHINE that glows fully with love!
85.Because we are MEANT to be together
86.My HEART keeps telling me so!
87.My HEART belongs to you till you return it back to me =)
88.You are on my heart just like a TATOO
89.When you act like we are real, STROKE my head and say ‘sakit agi perut’?
90.You want to KISS and HUG me
91.You’re the CURE against my fear and my pain
92.For each time you say you LOVE me, I love you more
93.I’m thinking of you EACH night before I go to bed
94.Stupid! Do I have to give REASONS?
95.Look at you, extremely excited over my DRUGS! Hehe*Giggles*
96.For a few moments in my LIFE you've made me feel as if I truly meant something to someone
97.Once upon a time, I fell for you, I don’t know WHEN but I still love you
98.I’m JEALOUS with you, always =P
99.When you HURT, I feel it too
100.I feel SAFE and sound with you
101.I want to SPEND my whole life with you!!

Wednesday, August 20, 2008

Bicara Cinta



Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,membawa bersama penawar segala kerinduan,untuk menyingkir segala kesunyian
Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.
Kiranya ada tercalar dihati,kiranya ada tercalar di kata,buat kenangan akhirnya,sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.
Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,terasa diri ini terlalu sunyi,ketika itu,suaramu aku terdengar, membisikkan sayangmenyatakan cinta.
Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.
Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.
Kau mengubati kepahitanku musim lalukuhiburkan kesunyian musim lampau.
Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjauoanak duri kehidupan ini
Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.
Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginyauntuk hidup bersamamu.
Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti.
Seketika itu..limpahkan kasihmu padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..Lontarkan aku..Secebis harapan,sekelumit kasih..untuk kuubati kelukaan lalu
Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,walau..sepi tanpa berkasih.
TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridahpengalaman bersamamu,terbayang diingatan.
Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.
Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..Harapan yang tak pasti.
Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana TuhanMaha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.
Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.
BErsyukuratas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan
Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.
Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimanananti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.
Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari.
Percayalah,jika kau membenci bicarakukini,pasti rinduku tak terubat selamanya.
Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.
Hujan malam..seorang lelaki dibuai sepi.
Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatikusebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata
Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpamadaun daun kering ditaman terasing.
Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpiandai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.
Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.
Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.Mendung tak semestinya hujan andai cinta kita sekuat akar.Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..
Cinta kita pasti akan menyemarak.Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana ia kekal sepanjang hayat.
Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.Cita sejati tak berkurang dengan keburukan.
Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejatitak pernah curiga.Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejatisemakin tua semakin sayang.
Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.
Bagiku..
lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.
Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.
Jernih sinarku adalah kalimat harapan.
Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagiansebuah kebahagian yang akan kau berikan.
Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.bicara cinta takkan berakhir disini.

Tuesday, August 19, 2008

MENITI DERITA




Assalamualaikum.....

Mama,Maafkan papa kerana lalai terus melupakan yang mama sakit gigi.Dan akibat dari kelalaian papa menyebabkan mama sakit semua.Papa rasa bersalah dan entah rasa macam tak berguna pun ada.Papa membiarkan mama lalui kesakitan ini yang tak tertanggung oleh mama.Maafkan papa ma.

Tapi papa janji besok kita g klinik k,kalau tak papa mati katak.Papa xnak mama sakit,kalau boleh nak mama sihat jer n jangan ada sikit sakit pun.kalo boleh pindah kan sakit tu kat papa biar papa yang sakit bukan mama.

Rintangan perhubungan ini terlalu deras buat kita sekarang,lautan gelora kini dah makin mengganas.Alhamdullillah kita laluinya dgn tabah dan berdoa pada Allah utk menguatkan lagi diri kita menghadapinya.Mama,papa tak semudah itu untuk dipengaruhi,papa takkan berpaling ke belakang utk menutup mama.Biar nyawa kali ini jadi taruhan untuk melindungi mama.Papa tak boleh menghadapi perjalanan hidup ini tanpa mama disisi.

Maafkan papa kerna lalai hingga lupa yang hari ini sepatutnya bawa mama pergi klinik...MAAFKAN PAPA...

Monday, August 18, 2008

10 RESIPI MASAKAN RAHSIA CINTA



1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Saturday, August 16, 2008

Kepercayaan Hati



Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.


Faktor 1 -

KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!


Faktor 2 -

Boleh dikawalPerkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.


Faktor 3 -

KomitmenKomitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.


Faktor 4 -

KejujuranKejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.


Faktor 5 -

Terima seada-adanyaKunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.


Faktor 6 -

Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.


Faktor 7 -

SimpatiSimpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.


Faktor 8 -

DiyakiniBila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!


Faktor 9 -

Perbezaan pendapatMemanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.


Faktor 10 -

Elakkan dendamCinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.


Faktor 11 -

Berfikiran terbukaBanyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.


Faktor 12 -

Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.


Faktor 13 -

Tak selalu didampingiBukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.


Faktor 14 -

Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.


Faktor 15 -

PersamaanPersamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.


Faktor 16 -

Tak saling menyalahkanTak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.


Faktor 17 -

Hormat-menghormatiSaling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.


Faktor 18 -

PenghargaanTidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.


Faktor 19 -

Bukan materialistikBayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.


Faktor 20 -

Perancangan bersamaManusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Friday, August 15, 2008

Goresan Sayang


Assalamualaikum wbt.......
Setiap hari cukup indah bagi aku.Perkenalan dengan mama tak semudah yang aku fikirkan,namun aku bahagia bersama mama.sebab dalam setiap perhubungan adakala takkan kita nak rasa manis je kan?Umpama roda yang berpusing,tak semestinya kita akan lalui ekspresi senyum dalam pentas kasih yang bersketsa ini.Untuk aku,inilah jalan yang aku mau kerna titian hidup adalah berdasarkan dari laluan yang berliku dan menempuh dugaan yang bergelora.dari situ kita dapat tau bagaimana dan penyelesaiannya dalam situasi yang tenang.
Mama,papa tak salahkan mama utk kemarahan mama pagi tadi malah papa beruntung kerna kita walau dalam keadaan begitu dapat melembutkan diri memasing tatkala ego tu beralun.Aku pun rasa macam nak ketawa sebab sebetulnya aku yang patut marah sebab mama tetiba je marah kat aku.Tapi ni lain plak jadi,aku yang kene marah,adoiyai!.Punca aku marah sebab bebudak mangkuk tingkat tu.Dahlah pertandingan makin dekat boleh plak depa tak datang latihan.Kalo yang absent tu senior takper la aku tak kisah pasal depa tau selok belok pertandingan,Tapi ni budak yang setahun jagung pun tak sampai dengan takder pengalaman bleh plak wat hal.Sape tak rasa mcm nak patahkan tulang ikan mcm tu.
Setiap asam garam menempuh alam ini memang ini asalnya.Tak pernah pun dalam satu perhubungan perjalanan tu semuanya rata tanpa ada satu lubang pun.Mustahil kan? aku tak pernah serik walau dimarah berjuta kalipun.aku tak pernah kalah walau dicaci bertubi tubi.Bak kata orang,Sabar Itu Separuh Dari Iman Kita.Banyak tu kan perngertiannya?Tapi syukur alhamdullillah memasing dapat menenangkan diri dalam masa yang singkat.....
Cian kat mama,aku ingat nak bawak dia g klinik gigi pagi tadi tapi hampeh.Katanya kalo nak kuar kene pukul 11,nak teman camner kalo masa tu aku dah nak gerak ke tempat kerja.Walau apapun aku doakan mama tenang je,sebab biasanya kalo orang sakit gigi nih emosi dia sensitif.So nak kene jaga ati dia n try to make her calm.Actually takleh gak wat die gelak sakan kang tak pepasal berbisa je gigi mama.Kenapa la aku ni bukan DOKTOR GIGI??!!!......
Sarapan dgn mama pagi tadi kat cafe bandar berdekatan dgn kampus bebudak u.Kira tumpang bebudak U la kejap....dah lama tak makan kat kafeteria.Teringat masa main baling kuih tepung pastu terkena kat prof........padan muke kene mengadap lembaga disiplin siap MPP kene marah pasal diepun sama join baling kuih tepung..WAKAAKAKA.
Mama,maafkan papa.Actually kat cafe tadi bila mama cakap mamat tu lain macam bila tgk mama n papa terus mama cakap yg dia ada ajak mama dinner papa terus diam.Perasaan aku masa tu terus berubah,tetiba takut,risau,marah timbul n cemburu takyah cakap la.Memang mama pernah cakap yang hati mama setia pada seorang and pandangan mama takkan beralih kepada orang lain.Hati manusia ma,kita tak tau dan nampak,aku percaya pada mama tapi dalam percaya aku juga takut jika aku teluka lagi.
Aku memang dah tutup hati aku pada siapa2 sebab dah diambil mama.Dan jika ada yang ingin menyampaikan perasaannya aku takkan terima kerana sayang aku cuma pada mama.Tiada siapa yang inginkan aku disini,sebab semuanya nampak bila aku disini.Banyak orang yang inginkan mama sebagai teman,sebagai peradu kasih malah mau jadikan mama sebagai suri dalam rumahnya.Terima kasih mama sebab menyayangi papa n meyakinkan papa yang cinta ini hanya kita berdua.Utk mama,takde niat malah pandangan utk menambah pun takde.Aku dah COP JAKIM diri aku cuma utk mama.
Mungkin terlalu awal bagi aku utk menyatakan dan mungkin sewel sket......aku dah anggap mama isteri aku...but not as fully furnished punya bcoz aku nak rasa peranan sebagai seorang suami dalam kehidupan berumahtangga.BTW tanggungjawab zahir je bukan batin tau.......setakat ni cuma sedikit yang aku pelajari dari apa yang aku lalui dgn mama.Alhamdullillah aku dapat rasa apa itu suami dalam konteks hubungan rumahtangga.Mungkin baru 10% n akan meningkat dari masa ke semasa.
Utk mama,papa cukup bahagia bila bersama.Walaupun kita bertentang mata,rindu papa kian menebal apatah lagi bila kita tak berjumpa.Kiriman msg,mendengar suara mama cuma dapat melupuskan sikit perasaan rindu yang berbekam dalam diri papa.Mama,walaupun ada masa tertentu kita senyap tanpa bicara,itu tak bermakna papa lupakan mama.Pa tetap ingat mama malah jadi orang gila sekejap bercakap dgn gambar yang mama bagi kat papa.Sewel ek papa....tak kisahpun kalo mama cakap papa sewel sebab itulah kesewelan papa dek kerna mama yang paling papa sayangi.
Yang membuatkan aku sayang kat mama bukan sebab rupa atau apapun dari pandangan org tapi diri mama yang membuatkan aku lebih mendalam utk menyayangi malah benda yang kebetulan sama mendekatkan aku pada mama.Tapi ada jugak yang tak sama...hehehe...aku tak suke sangat makan pedas...boleh makan pedas but not to hot kang tak pepasal 88 jug air jadi hidangan makan aku kang...I LOVE YOU MAMA!!! not yesterday,not today,not tommorrow but my heart will keep loving u forever!!! Wasalam...(Warung tutup)
Mama...lagu ini memang utk mama..dari liriknya yang sememangnya umpama perasaan papa pada mama......
Innuendo
Selamanya
Pabila kudengar
Suaramu nun dikalbu
Inginku menanti
Senyuman manismu
Kupasti dirimu
Terkenangkan suaraku
Usahlah kau menafikan
Cinta yang terpendamsesama kita
Kumendoakan
Demi keikhlasanmu
Kubersyukur pada Yang Maha Esa
Hilanglah kesepian kita
Dikau takhta di hatiku
Bersama kita bina istana cinta
Kurela bersamamu
Di angkasa bergema mekar dan rela
Hingga akhir hayatku
Pastinya bersama
Kasihmu yang kurindui
Selamanya
Betapa sukarnya
Kumemahami dirimu
Namun hatiku membara
Tiada apa yang dapat dilakukan
Sekiranya perasaanmu berduka
Kusesali segalanya
Kerna kaulah segalanya bagiku

Thursday, August 14, 2008

Bayang Kerinduan


Assalamualaikum.....
Salam tengah hari buat perindu yang merindui sesiapa malah apapun yang diingati.Salam sayang buat mama dan papa rindu sangat kat mama.
Pagi tadi cukup berbekas buat aku,aku tak mengerti mengapa aku harus ego mencari kasih.Apa yang aku fikirkan akupun tak tau.Maafkan papa,sebab terlalu rindu hingga menyebabkan mama terluka utk merindu.Tiada niat utk buat begitu cuma kerna kerinduan...entah lah,mungkin aku terlalu kejam utk menyatakan yang aku terlalu sayang sampaikan perasaan aku terlalu egoistik utk meluahkan.
Satu malam setelah berbicara dalam gelora yang kalut antara kami,aku tak boleh tidur kerna memikirkan apa yang aku dah buat kat mama.Aku telalu bersalah meletakkan mama dalam situasi itu.Malah aku rasakan ingin hukum diriku yang melukai mama.Dalam baring aku teringat dan sesal atas pemikiran aku yang bodoh itu.Sengal cap unta la aku nih,tapi terima kasih kerana kita dapat sejukkan hati memasing.
Mama,kerinduan papa terlalu dalam.sayang papa terlalu jauh.Usia perhubungan ini masih hijau tapi kenapa rasanya seperti sudah bertahun bercinta?.Inikah yang dikatakan cinta sejati?.Inikah pencarian yang dicari oleh setiap insan yang memerlukan perasaan cinta yang sebenar?.Jika ini lah yang dikatakan cinta sejati,aku amat bersyukur ya Allah!.
Pagi tadi aku bangun jam 11,lepas solat subuh je aku terus lentok tidur.Pagi tadi mama ada bg sms rindu.Pastu buka je mate on the spot aku dail no mama....hehehe...Rindu sangat!!!!.Tak tau nak ungkai mcm mana lagi dah rindu aku nih.Kalau tak dengar suara sehari aku rasa mau jadi hantu bungkus aku nih.Aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku dah berada dalam alam percintaan yang baru dibina.Dan aku terbang dalam alam ini......kalah keegoanku yang dulu boleh menepis kata kasih,mengelak rasa rindu,menyembunyikan kata cinta.
Mama,bila dgn mama papa rasa dunia ni penuh dgn keajaiban.Segalanya seperti jangkaan walaupun kita tak sangka.Papa doakan ikatan kita ini akan kekal hingga akhir nanti nanti...wallahualam.

Puitis Pendek Yang Tak Panjang Utk MAMAku.....

Suara kekasihku tak dapat lagi kudengar
Aku sendirian di sini sedang merindukannya
Apakah kekaishku tau jika aku merindukannya?
Aku sedang menuliskan puisi untuknya, dan mengatakan berapa perasaanku teramat sayang padanya
Aku tuliskan ratusan puisi hanya untuknya, agar ia tahu bahwa aku sedang rindu kepadanya saat ini
Aku ingin segera bertemu , agar semua perasaan sedihku dan penderitaanku lenyap
Sayang, apakah kamu merindukan aku di sini?
Seperti hatiku yang selalu memintaku untuk datang ke tempatmu dan segera memelukmu
Sayang, aku rindu padamu


Wednesday, August 13, 2008

Sarapan Rindu

Assalamualaikum......
Pagi tadi aku tak sabar nak bersarapan dengan mama.....sanggup tak tidur menantikan jam 9 utk bersama mama.Bergayut sampai 4.30 pg, pastu nak tunggu lepas solat subuh ingat nak tido jap tapi takleh.Kejap2 je mate aku terang, camner nak tidur.Tepat jam 7.30 jam hp aku memekak sedangkan aku tak tido pun nak watpe pasang alarm jam..sengalnyer aku......
Tepat pukul 8 mama call....nak kejut la tu pasal dah pesan kat mama pagi tadi pukul 4 sebelum letak tepon.Sian jugak kat mama,sanggup bersengkang mata bersuara dengan aku.Rindu yang mendalam membuatkan masa tu jadi mcm terlalu pantas.Tapi sebelum tu ade la perselisihan faham antara aku n mama but tak lama....tak sampai sejam pun.Salah aku jugak,tumpukan budak2 tu dari mama.Aku tau mama perlukan seseorang utk sokong dia dalam masalah tapi aku tinggalkan mama dalam masalah sorang2.Sepatutnya aku temankan mama bukan membiarkan....maafkan papa ma.
Pukul 8.30 je aku gerak ke tempat mama utk bersarapan....dengan mata yang merah tak cukup tido aku gagahi jugak..eleh..bak kata orang bercintan "lautan api sanggup ku redah" inikan pulak lautan jalan yang jauhnya cuma 15 minit nak ke tempat mama....tapi aku heran,kalo dah redah laut api tu.....hidup lagi ke pastu?.Tapi masa perjalanan nak ke tempat mama tu tak usah cakap la...penat,ngantuk rasa macam aku jadi wak supar je...tak kenal? ala sedare superman jugak.Lori bila lalu kat sebelah aku nih..wooohhhh dah rasa melayang dah!
Sampai je aku kat tempat mama,tunggu je ar dia kuar opis.Dah tu plak boleh aku masuk jalan mati,ntah mcm mana aku masuk jalan tu pun aku tak tau....ngantuk punya pasal.Sayang punya pasal apepun boleh.
Secara tetiba bila aku tgk mama berjalan ke arah aku,ape yang sebelum tu aku rasa ngantuk,penat dan ape2 lagi ilang bila saja aku nampak mama.Seolah olah mcm ada tenaga baru yang masuk dalam badan aku.Bila aku duduk dgn mama,aku rasa aku baru dapat nafas baru pagi tadi.Seorang puteri datang bertemu puteranya yang dalam keadaan mata merah.....perghhh ilang semuanya yang kelam bertukar terang segala penglihatan.
Air nes ais....itu pertembungan yang pertama antara aku n mama.Tak sangka ada gak orang yang gila nes ais mcm aku.Mungkin itu jugak dikatakan jodoh,takdir yang menemukan dari perbuatan atau sifat seseorang.Makan plak pagi tadi nasik ayam paprik...eh salah,nasik ayam dan aku plak mee sup soto...ade ekk.Dalam mentekedarah darah tu,kira aku dapat berita gumbira la sebab perselisihan faham antara kengkawan n adik mama dahpun selesai.Kira lega la aku sebab kengkawan mama dah bleh jadi gila balik dgn mama.Adik mama plak kira dah minta maaf kat mama sebab tak faham keadaan dia masa tu.
Setiap kali aku tengok mama,semakin mendalam mata aku utk melihat dia.Ingin jugak aku usap raut wajah mama tapi tempat public...kang jadi isu wooooo!!!.Aku tetap rindukan wajah tu walaupun dah berada kat depan mata aku.Kenapa masa dgn x-gf aku tak mcm ape yang aku alami sekarang? perasaan aku cukup berbeza dan jiwa jiwang aku terus meleleh dek mama.Pelik,tapi inilah kenyataannya.Siapa2pun takleh nak lari dari keadaan ini dan bila dah dalam situasi ni,takde perkataan yang boleh mengambarkan apa yang kita lalui masa tu.
Cukup masa,dia kena masuk balik ke opis dan aku kene balik ke umah.Kiranya nak rehat kejap sebelum meneruskan perjuangan tgh hari nanti.Lagi satu,sim lama aku dah serah kat mama utk dia lupuskan dan aku rasa akan timbul masalah jika mama on sim tu balik.Sebab ada pengacau yang cukup buat aku rasa tak senang dan x-gf aku.Aku tak kisah la,biar mama tau dan kalau dia nak call pun takper.sebab ada satu makcik bedah yang cukup merimaskan aku.Dan satu cerita yang aku tak pernah beritau dia,x-gf aku nakkan aku balik.Baru dua minggu lepas dia call aku balik menyatakan nak balik dgn aku n masa tu jugak aku n dia mempersoalkan ttg xgf n xbf memasing.
Hati aku dah takder pada dia,walaupun x-gf aku tu merayu mcm nak bunuh diri sekalipun aku takkan merubah utk kembali pada peah tu.Cukup sekali aku disakiti,dikecewakan dan dilukakan.Sebab dia juga aku hampir membenci lawan jantinaku.Dan baru2 ini dia ingin sekali kembali kepadaku dan sanggup buat apa saja malah jika aku ada yang lain sekalipun dia akan pisahkan aku dgn sesiapa saja dgnku.Aku harap mama tak termakan kata2 dari dia,sebab yang nyata jika mama begitu maka takde guna impian dan angan2ku.
Balik je aku cuba nak rehatkan diri,tido la tu.Tapi mata terkebil kebil,ntah kenapa.Rasa mcm tak puas utk tatap wajah dia.Untuk melupakan saat pagi tadi bagi aku cukup istimewa,seolah aku jadi orang yang baru nak bercinta.Mama,terima kasih sebab bagi papa rasa apa itu rindu,kasih dan sayang yang tulus dari mama.Papa takkan sia2kan apa yang kita impikan,Yang lama biarlah jadi sempadan utk kita bina kehidupan yang baru bagi kita.Tapi papa takut utk kehilangan mama.Takut sangat.........
Mama,papa tak tau kenapa harus hidup ini jadi pentas utk kita.Akan banyak dugaan dan aroma perjalanan yang kita tak nampak haluan yang berliku.Dari sekarang sampai akhir kita nanti bukan satu yang akan hadapi malah banyak yang perlu diharungi.Cuma kesabaran,ketabahan dan kasih yang menentukan sekuat mana perhubungan kita.Iringan doa tatkala lepas solat mengiringi perjalanan alunan cinta kita.Papa inginkan satu dari mama..........
HIDUP BERSAMA MAMA HINGGA AKHIR HAYAT PAPA.
arghh...malam nanti nak ngajar bebudak tu lagi....curik la masa sket utk mama karang malam....RINDU MAMA sampai tak terluah dengan kata2......
Wassalam

BINGKISAN UTK MAMA:

RINDU

RINDU
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
AtauDikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari

Tuesday, August 12, 2008

Ruang Pertama

Assakamualaikum.......
aku nak kenalkan diri aku dalam blog yang baru aku nak try2 nih...
nama aku khairillizan bin abdul razak.....umo 29 tahun dan bekerja as freelancer kat sebuah kedai komputer....
aku dilahirkan di batu pahat,dibesarkan selama 15 tahun di sarawak sebab abah seorang askar yang ditugaskan kat saner...so jumper mak aku yang berasal dari sarawak and then lahirlah aku yang sederhana biasa nih..Xd
aku just nak cerita ttg kisah dalam percintaan aku yang aku rasakan ini adalah cinta terakhir aku dalam pencarian teman hidup.....bagi aku cinta,kasih,sayang dan rindu itu terlalu mendalam jika kita aluni dengan perasaan yang berhatikan kejujuran.aku banyak kali bermain cinta,mengulit kasih,bermain sayang dan bergelumang rindu namun itu semua cuma permainan dari perasaan.
banyak sekali kita bertanya tak kira lelaki ataupun pompuan,hati kita bila berada dalam perasaan ber'couple' ini adakah benar atau cuma pengisian utk menghilangkan kesepian?.well bagi aku dulunya ber'couple' ni just utk ada2 je.takde rasa apa2 bila bermonyet cintun...just like that n kalo putus pun aku tak rasa sedih yang memendam.bila aku ber'couple' yang aku rasa cuma happy bila ader gf nih.macam dunia ni aku yang punya..........
tapi pernah tak kita rasa bila kita memainkan perasaan atau mempermainkan perasaan orang yang pernah kita 'sayang'?.dan apa pula kita rasa bila kita dipermainkan semula oleh orang yang kita 'sayang'?.rindu....dulu kita ucapkan rindu pada orang yang kita 'sayang'.tapi faham tak pengertian maksud rindu dalam ungkapan berpasangan? mudah utk kita ucapkan perkataan jiwang pada 'sayang' kita....tapi jujurkah pengucapan itu? setiakah ayat itu utk seorang sahaja?...
ok all aku nak tutup dulu warung utk ari nih...insyaallah besok aku on balik....kita memang layak utk bercinta tapi jgn lupa cinta kita pada yang Esa....
Wassalam.....
utk tatapan semua.....
“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.

1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.