Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan
Menurut Perspektif Islam Dan Sains
Oleh:
Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ringkasan
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.
Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.
Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.
Thursday, September 11, 2008
Wednesday, September 10, 2008
Sensitif lawan Egoisme
Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.
Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.
Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Di sini, ingin berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.
- Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.
Kenyataannya:Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.
- Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.
Kenyataannya:Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.
- Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.
Kenyataannya:Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.
- Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.
Kenyataannya:Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.
- Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?
Kenyataannya:Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.
- Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense
Kenyataannya:Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.
Monday, September 8, 2008
Munajat Cintaku

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Friday, September 5, 2008
Papa luv Mama
Mama
Papa bagai ketandusan
menemukan bait yang maha indah
Papa pasti
bait itu ada di syurga
Papa ingin memberitahu mama dengan sempurna
bahawa papa cinta pada mama
Namun papa rasa itu belum cukup gambarannya
hujungnya hanya papa yang rasa?
ingin papa cari…tak jumpa…
apalagi kalau tentang keyakinan mama
yakinlah
apabila cinta
ada rasa dan getarnya
papa memanggil mama
kadang begitu menakutkan
bagaimana jika diri mama tiada lagi
Papa gelisah bagaimana bakal berhadapan
dengan kerinduan dan kesepian
Papa resah tak dapat mecium bau mama
Papa gundah bila tak membenam rapat di pangkuan mama
Mama…papa terlalu cinta pada mama
Mama…papa terlalu cinta pada mama
selamanya
tiada gantinya
Wednesday, September 3, 2008
Salam Ramadhan

Assalamualaikum.....
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat semuanya dalam menjalani ibadah berpuasa nih.Dah berapa ari aku ponteng blog ekkkk....dekat seminggu rasenye ade.Dalam ketiadaan aku neh pelabagai kepahitan dan kemanisan aku tempuh dalam masa yang sama sebelum dan dalam berpuasa nih.
hari ahad sempena bulan kemerdekaan lepas aku melepaskan hajat utk merisik mama di melaka.Meskipun ada kesukaran pada tahap yang pertama namun semuanya berjaya ditempuh dgn tabah.Perkenalan aku bersama saudara mara mama telah mengeratkan lagi tali silaturahim antara keluarga belah aku n belah mama.
Yang peliknya,Pak uda bleh ngam giler dgn abah neh.....len macam je ek....ade kecacatan dalam majlis merisik aku akui namun dapat dibilas dgn penerimaan daripada pihak perempuan..alhamdullillah.Ada lagi 2 peringkat utk bersatuuuuuuu.....
So......sehari aku tak jumpa mama aku rasa macam kehilangan sebahagian anggota badan aku.Walaupun bersuara tapi tetap tak hilang pautan rindu dalam pengamit sepi aku neh.Semakin lama semakin tak tenteram aku dibuatnye.......sekalian aku nyatakan AKU TERLALU MERINDUI NOEMI SUHAINA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

